Tuesday 3 January 2012

SIAPA ORANG YANG ALLAH CINTAI ?


Assalamualaikum ^^

hari ni nak shared pasal ciri-ciri Allah menyintai hambanya :) adakah kite tergolong dalam golongan tersebut??


Orang yang bertaqwa
Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa.”  ( Surah al-Tawbah 9: 4 )

Orang yang cepat-cepat bertaubat. 
Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri diri.” ( Surah al-Baqarah 2: 222 )

Orang yang adil.
Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil.”( Surah al- Mumtahanah 60: 8 )

Orang yang bertawakal. 
Allah berfirman yang bermaksud:“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada-Nya.” ( Surah Ali ‘Imran 3: 159 )

Orang yang berbuat kebaikan.
 Allah berfirman yang bermaksud:Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.” ( Surah al-Baqarah 2: 195 )

Orang yang berjuang pada jalan Allah. 
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” ( Surah al-Saff)


Adakah kita termasuk dalam golongan orang di atas ? tepuk dada Tanya iman kita masing-masing. Marilah kita berusaha mencari cinta-Nya. Sesungguhnya hanya Dia lah yang paling layak di cinta.





No comments:

Post a Comment