Monday 21 November 2011

Orang yang mencintai Ilahi!

Assalamualaikum.. ;') hari ni nak kongsi sebuah puisi "Orang yang mencintai Ilahi" itulah tajuk bagi puisi ini ;D.. Dalam puisi ini memberi gambaran ttg orang yang mencintai kepada sang PenciptaNya.. Adakah kita mempunyai sifat2 tersebut?? Mari kita lihat :) :


 "Orang yang mencintai Ilahi"
Orang yang mencintai Ilahi
dirinya tak keluh-kesah
apabila ditimpa ujian
kerana dia yakin dengan Kasih Tuhan

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi sagalanya
tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
kerana walau dia kehilangan 
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi

Orang yang benar-benar menghayati cintanya kepada Ilahi
sentiasa pasrah kepada-Nya
sabar menempuh ujian 
kerana dia tahu ujian itu adalah 
tarbiah daripada-Nya

Orang yang benar-benar menghayati cintanya kepada Ilahi
juga harapkan kebahagiaan di dunia 
tetapi jika tak dapat dimiliki 
dia harapkan keindahan 'di sana'
kerana dunia hanya pinjaman 
dan dirinya hanya 'barang pinjaman'
yang dipinjam untuk sementara di dunia ini.

sumber: Majalah Qen-Q

SubhanaAllah! molek sungguh sifat seorang hamba yang mencintai Ilahi.. Tabah menghadapi dugaan@ cabaran kerana dia percaya dengan kasih dan janji Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud " Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahu kepada mereka: Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada  mereka); Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (mematuhi segala suruhanku) dan beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul"  serta mengangap apa yang terjadi kepadanya merupakan satu pengajarn @didikan Allah kepadanya!

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi sagalanya
tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
kerana walau dia kehilangan 
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi


Ana sangat suke dgn rangkap puisi ini kerana walaupun die kehilangan org yang disayangi tetapi die tdk melatah kerana die msh ad Cinta Ilahi... Dan ingatla skiranya kite berada dlm keadaan gelisah kite hendakla segera mengingati Allah kerana firman Allah S.W.T " Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" [surah al;Rad: ayat 28]. Oleh itu para remaja di luar sana sekiranya menghadapi musibah segera ingat Allah dan InyaAllah kita akan akan memperolehi ketenangan..

SubhanaAllah! semoga kita jgk mempunyai sifat2 sperti itu jgk InyaAllah!.. (❤◕‿◕❤)

2 comments: