Monday 14 November 2011

Islam Itu Indah



Sejumlah hanya 3 orang atau 5 atau 7 orang pemuda Ashabul Kahfi yang berjuang sekian lamanya mendepani sistem kemasyarakatan dan pemerintahan yang tagha pada ketika itu akhirnya dizahirkan kemenangan hanya setelah mereka dibangkitkan 300 atau 309 tahun kemudiannya.
Di kala Badar al-kubra, sejarah gemilang menyaksikan segerombolan 313 orang generasi bertaqwa yang tidak mempunyai kelengkapan yang hebat akhirnya berjaya menumbangkan lebih 1000 orang bala tentera kuffar yang didokongi oleh sistem yang canggih pada ketika itu.
Di pertembungan Hittin, sejarah dunia menyaksikan bagaimana 12,000 orang generasi yang telah dididik dengan al-Quran berjaya mendepani kekuatan lebih daripada 60,000 orang bala tentera Salib yang telah dikumpulkan daripada 22 buah negara Eropah.
Puluhan, ratusan dan mungkin ribuan lagi kisah-kisah yang telah dilakarkan oleh generasi sebelumnya bahawa kemenangan umat itu bukan terletak kepada jumlahnya yang ramai tetapi adalah kepada kelompok pendokong yang mendasarkan kekuatan perjuangannya kepada :
Iman dan ukhuwah adalah kunci kemenangan
  1. Kekuatan ‘aqidah
  2. Kekuatan ukhuwah (persaudaraan sesama Muslim)
  3. Kekuatan as-Silaah (persiapan dan kesiap-sagaan ketentaraan)
  4. Kekuatan pendokong dan penglibatan umat yang bersamanya
  5. Kekuatan berjuangan di atas panji Allah yang satu
Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. yang telah kerkata, “Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga tiba suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”. (H.R. Bukhari)
Saudaraku….
Teruskanlah perjuangan kerana kerana target utama perjuangan ini adalah untuk membina cinta Ilahi di dalam diri kita sendiri dan juga di kalangan manusia serta alam sejagat.
Mendamba cinta Ilahi
Walaupun kalian mungkin bersendirian di pendalaman Sabah, di perkampungan hulu Sarawak, di kalangan penduduk tersisih, di menara gading terpilih, di kalangan rakyat marhein atau di mana jua anda berada…..teruskanlah perjuangan mulia ini demi mendamba cinta dan redha Ilahi….

No comments:

Post a Comment